-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Online Store

Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
For more info on Enterprise plans, kindly contact us OR locate an Enterprise Business Partner

Kempen Pulangan Tunai U Mobile Untuk Tambah Nilai Selama Setahun

Anda boleh log masuk laman web www.u.com.my/1yearcashback untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Kempen ini.

Tempoh kempen ini berlangsung dari 10 Mei 2021 sehingga 9 Ogos 2021

Sila rujuk senarai stor dan saluran dalam talian yang mengambil bahagian di sini:



No Kategori Peruncit
1 Petromart Shell
Petronas
Petron/Esso Mobil
Caltex
BHP
2 Pasar Raya Besar Mydin
Giant
Aeon
Econsave
Tesco
Village Grocer
AEON Big
Cold Storage
G-Express
Mercato
3 Kedai Serbaneka 7-Eleven
myNews.com
KK Supermart
99 Speed Mart
Family Mart
TF Value
Antop(Hospimart)
D'Mart
Happy Mart
4 Pharmacies Cosway
Watson's
Guardian
Caring
BIG Pharmacy
5 Lain-lain Ayamas
Popular Bookstores
Pernama
Mr D.I.Y.
POS Malaysia
MPH
6 Banks Alliance Bank
AmBank
Agro Bank
Bank Islam
CIMB
Hong Leong Bank
Bank Muamalat
Bank Rakyat
Kuwait Finance House
BSN
Maybank
Public Bank
RHB
UOB
7 Kiosk PayQuik
8 E-Wallets/Online Touch N' Go
WeChat Pay
GoPayz
Lazada

Untuk menyertai Kempen ini, anda mestilah

  1. Membeli dan memastikan transaksi Tambah Nilai Prabayar U Mobile anda sebanyak minimum RM30 (“Tambah Nilai”) berjaya dilakukan menerusi pedagang yang mengambil bahagian (“Pedagang”) yang termasuk tetapi tidak tertakluk kepada senarai Pedagang yang dinyatakan di dalam Rajah di bawah serta melanggan mana-mana pelan Prabayar U Mobile (GT30, UMI36, UMI26, UMI50, UMI38, UMI30, UMI20, GX38, GX3 dan GX12) menerusi aplikasi MyUMobile atau UMB *118*1*1#; atau
  2. Membeli pelan Prabayar U Mobile terpilih (GT30, UMI36, UMI50, UMI30, GX38 dan GX30) melalui pedagang e-dagang berikut; Maybank, Bank Muamalat, RHB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Ambank GoPayz, Lazada, Boost dan Shopee.
    Contoh bagaimana untuk melayakkan anda menyertai Kempen ini:

    Transaction Tarikh & Masa (Tambah Nilai) Tarikh & Masa (Pelan Prabayar) Remarks
    Transaction 1 Tambah nilai RM 30 pada 11/05/2021 Melanggan GX 12 pada 12/05/2021 Layak
    Transaction 2 Tambah nilai RM 12 pada 11/05/2021 Melanggan GX 12 pada 12/05/2021 Tidak Layak
    Penjelasan: Jumlah tambah nilai kurang dari RM30
    Transaction 3 Tambah nilai RM 12 pada 11/05/2021 Tidak melanggan pelan prabayar Tidak Layak
    Penjelasan: Tidak melanggan pelan prabayar
    Transaction 4 Tambah nilai RM 30 pada 11/05/2021 Melanggan EPIKKK Video3 pada 12/05/2021 Tidak Layak
    Penjelasan: Tidak melanggan mana-mana pelan GT, GX dan UMI. EPIKKK adalah pelan add-on
    Transaction 5 Tambah nilai RM 50 pada 11/05/2021 Melanggan UMI 50 pada 10/06/2021 Tidak layak memenangi hadiah Bulan 1
    Penjelasan: Tidak melanggan pelan seperti yang dinyatakan di dalam tempoh kempen (rujuk soalan No. 6)
    Transaction 6 Tiada tambah nilai Melanggan UMI 36 pada 12/05/2021 melalui Saluran Dalam Talian (Maybank MAE) Layak

Sebanyak 23,000 hadiah harian dan 30 hadiah bulanan akan diberikan kepada para pemenang sepanjang Tempoh Kempen seperti yang ditetapkan dalam Jadual berikut:

Pemilihan Hadiah & Pemenang
Harian Pulangan Tunai RM5 (“Pulangan Tunai”)
Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun prabayar U Mobile pemenang
250 pemenang/hari
Bulanan Pulangan Tunai RM200 (“Pulangan Tunai Bulanan”)
Pulangan Tunai Bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun GoPayz pemenang selama 12 bulan berturut-turut. Pemenang bulanan hendaklah mendaftar akaun GoPayz untuk layak memenangi hadiah
Jumlah: 30 pemenang

Seramai 250 pemenang akan dipilih setiap hari berdasarkan transaksi ke-100 yang berjaya seperti dinyatakan dalam Jadual di bawah. Hadiah harian akan diberikan secara bulanan.

Bulan Tempoh Kempen Jumlah   Pemenang Layak Kriteria   Pemilihan
Bulan 1 10 Mei 2021 – 9 Jun 2021 7750 Setiap transaksi ke-100 yang berjaya
Contohnya: Transaksi ke-100, 200, 300 dan seterusnya
Bulan 2 10-Jun-2021 - 9 Julai 2021 7500 Setiap transaksi ke-100 yang berjaya
Contohnya: Transaksi ke-100, 200, 300 dan seterusnya
Bulan 3 10 Julai 2021 - 9 Ogos 2021 7750 Setiap transaksi ke-100 yang berjaya
Contohnya: Transaksi ke-100, 200, 300 dan seterusnya

U Mobile akan memaklumkan pemenang harian yang menerima Pulangan Tunai menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Jumlah Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun prabayar pemenang (dengan nombor telefon yang sama digunakan untuk melakukan transaksi). U Mobile hanya akan melakukan satu percubaan untuk mengkreditkan Pulangan Tunai ke akaun prabayar pemenang. Sekiranya percubaan tersebut gagal kerana apa jua sebab, Pulangan Tunai tersebut akan dibatalkan/dilucut hak.

10 peserta teratas dengan nilai terkumpul tertinggi dari transaksi yang berjaya dengan akan disenarai pendek sebagai pemenang bulanan. Pemenang Pulangan Tunai Bulanan akan diberitahu menerusi panggilan telefon dari wakil U Mobile. Pulangan Tunai akan diberikan seperti berikut:

  1. Pemenang dikehendaki memuat turun aplikasi GoPayz untuk mendaftar akaun GoPayz munggunakan nombor telefon dan nombor Kad Pengenalan/Pasport pemenang (Number telefon prabayar U Mobile yang digunakan untuk melakukan transaksi) sekiranya pemenang tidak mempunyai akaun GoPayz yang sah. Pemenang hendaklah memastikan bahawa kedua-dua akaun prabayar U Mobile dan akaun GoPayz didaftarkan di bawah nombor telefon prabayar U Mobile dan nombor Kad Pengenalan/Pasport yang sama untuk memenangi hadiah bulanan. Pemenang diberikan maksima dua (2) hari untuk memuat turun aplikasi GoPayz selepas menerima panggilan telefon dari wakil U Mobile. Sekiranya pemenang gagal melakukannya, hadiah akan dibatalkan/dilucut hak.

  2. Sekiranya pemenang sudah memiliki akaun GoPayz, mereka hendaklah memastikan akaun prabayar U Mobile dan akaun GoPayz didaftarkan di bawah nombor telefon prabayar U Mobile dan nombor Kad Pengenalan/Pasport yang sama untuk memenangi hadiah bulanan. Jika sebaliknya, U Mobile berhak mengikut budi bicara mutlaknya sama ada akan memberikan hadiah setelah pengesahan yang diperlukan dijalankan ke atas pemenang.

Pemenang diminta untuk menyertakan lampiran melalui e-mel kepada U Mobile; tangkapan skrin profil Pengguna GoPayz sebagai bukti akaun GoPayz pemenang (menunjukkan dengan jelas nombor telefon akaun prabayar U Mobile dan nombor Kad Pengenalan/Pasport) untuk tujuan pengesahan. Kegagalan memberikan maklumat yang diperlukan akan menyebabkan pembatalan hadiah.

Tidak. Anda harus pastikan tambah nilai berjaya dilakukan untuk kelayakan menyertai Kempen ini.