-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Online Store

Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
Select a Category
For more info on Enterprise plans, kindly contact us OR locate an Enterprise Business Partner

Soalan Umum Program Jaringan Prihatin

Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, termasuk U Mobile di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), membeli peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi.

Jika anda layak, anda boleh melanggan pelan data atau pelan peranti yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan (seperti U Mobile) yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pelan peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam program ini.
Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam program ini;
Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
Subsidi 2: Subsidi pelan peranti.
Jumlah peruntukan subsidi untuk penerima yang layak adalah seperti berikut.

Kategori 1 - Berkahwin dan Bujang tanpa anak bawah 18 tahun Kategori 2- Berkahwin dan Bujang dengan anak bawah 18 tahun
Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
Subsidi 2: RM180 subsidi pelan peranti
Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
Subsidi 2: RM300 subsidi pelan peranti


Sementara itu, nilai manfaat yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi adalah sama tetapi tawaran khusus mungkin berbeza-beza. Cara subsidi yang disalurkan juga bergantung kepada Pemberi Perkhidmatan masing-masing dan pelan data pilihan anda.

Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan semak kelayakan anda di laman web BPR: https://bpr.hasil.gov.my.

Untuk menyemak kelayakan, sila ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Kunjungi laman sesawang: https://bpr.hasil.gov.my
Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik "semak"

Pendaftaran untuk program ini akan dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Anda boleh mendaftar dengan Pemberi Perkhidmatan terpilih anda (seperti U Mobile). Keseluruhan program ini akan bermula dari 5 Mei 2021 sehingga 30 September 2022.

Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari masa anda mendaftar. Tarikh terakhir pendaftaran ialah 30 September 2021, manakala keseluruhan program bermula dari 5 Mei 2021 sehingga 30 September 2022.

Anda boleh menyertai program Jaringan Prihatin dengan mendaftar dalam tempoh pendaftaran via laman sesawang Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian seperti u.com.my/prihatin.

Sila semak dengan laman web Penyedia Perkhidmatan terpilih anda (seperti u.com.my/prihatin) untuk melihat senarai pelan data atau pelan peranti yang ditawarkan, dan untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan penebusan subsidi.

Tidak, anda tidak akan dapat mendaftar jika anda terlepas tarikh akhir pendaftaran pada 30 September 2021, walaupun anda adalah penerima BPR yang layak.

Untuk pertanyaan atau rayuan berkaitan kelayakan BPR, sila layari laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747) untuk makluman lanjut. Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun - 30 Jun 2021.

Setiap MyKad yang layak dibenarkan untuk menyertai program Jaringan Prihatin hanya sekali dalam tempoh pendaftaran dari 5 Mei 2021 sehingga 30 September 2021. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan menukar pendaftaran anda kepada penyedia perkhidmatan lain semasa program berlangsung dari 5 Mei 2021 sehingga 30 September 2022